Wednesday 15 June 2011

Bicara1: Dari Mana Hendak ke Mana(1)

Salam buat semua anak2 Pak Cik yg dikasihi,

Tanggal 2 hb Mei yg lalu genaplah 48 tahun umur Pak Cik. Barulah Pak Cik sedar yg umur Pak Cik dah hampir menjangkau setengah kurun...maknanya dah tua lee tuu...tak taulah berapa banyak lagi balance umur yg tinggal.....hanya Allah yg tahu pastinya...
Oleh itu dikesempatan ini mungkin kita dapat sama2 muhasabah diri dgn melihat kembali satu persoalan asas yg sgt penting iaitu Dari Mana Kita Datang & ke Mana Kita Akan Pergi? - min aina ila aina?
Pak Cik rasa semua anak2 tahu yg kita semua datang dari Allah dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan - inna lillaahi wainna ilaihiraajiunn. Itulah hakikatnya.
Allah yang mencipta kita dan ditakdirkan menghuni dunia ini pastinya mempunyai matlamat dan tujuan yg tertentu. Ini kerana Allah yg Maha Bijaksana tidak akan menjadikan sesuatu tanpa ada tujuan - laqad khalaq tahaza baathila (tidak dijadikan sesuatu itu dgn sia2). Jadi, apakah tujuan kita dijadikan? Firman Allah seterusnya dalam dalam surah Azzaariyyat, ayat 56, '... dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.'.wama khalaqnal jinni wal ins illa liya'buduun. Dengan itu jelas tujuan dan misi kita dihadirkan ke dunia ini adalah semata-mata untuk memperhambakan diri kita kepada Allah yg Maha Berkuasa, Maha Adil lagi Maha Bijaksana.(semua nama2 yg baik itu kepunyaan Allah - khayril asma ulhusna kullaha lillah)

           Dari mana hendak ke mana,
     Tinggi rumput darilah padi,
           Dari Allah ke dunia fana,
      KepadaNya jua kita kembali...

Anak2 yg dikasihi semua,

Mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah bererti  kita wajib (tanpa ada sebarang alasan dan ragu2) dalam menjalankan kehidupan ini dgn mengikuti 100% setiap aturan dan arahan yg telah ditetapkan oleh Allah SWT. Juga pada masa yang sama kita perlu menjauhi segala tegahan dan laranganNya. Ertinya, kita ngak bisa hidup memandei-mandei sendiri! (maaf, ada slang Indon sikit sebab Pak Cik dan anak2 selalu nonton drama Para Pencari Tuhan di Channel 114/106. Ok jugak drama tuu..ada pengajaran dan iktibar..bukan apa Pak Cik kena temankan anak2  nonton rancangan2 yg di kira ok di TV.... Sebenarnya dah jadi satu KEWAJIPAN ibubapa memantau  segala aktiviti anak2 mereka).
Untuk anak2 Pak Cik yg lelaki pastinya kita sering mendengar pesanan Tok Khatib di awal khutbahnya, '...sama2lah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala titah perintahNya dan menjauhi segala larangan dan tegahanNya, mudah2an...'
Itulah tujuan sebenar kehidupan kita di dunia ini, mengabdikan diri kepada yg Maha Esa yg telah menciptakan kita semua.
         
            Dari mana hendak ke mana,
     Dari kampung turun ke sungai,
             Perintah Allah turuti semua,
      Jangan kita memandai-mandai.

Rumusan Bicara1:
         Tujuan manusia diciptakan adalah untuk menghambakan diri dengan sepenuhnya kepada Allah SWT. Manusia sepatutnya tanpa sebarang alasan mesti mematuhi 100% atas setiap perintah Allah dan menjauhi segala larangan dan tegahanNya.



Sampai di sini dulu, sehingga berjumpa lagi-till we meet again-illal liqa' wa maassalamah...PCD.

No comments:

Post a Comment