Monday 18 July 2011

Tazkirah2: A foolish man may be known by six(6) things

Salam buat anak2 Pak Cik yg dikasihi semua,

Di dalam sebuah kitab, seorang ulama yg terkenal lagi mulia telah menukilkan seperti berikut:-

A foolish man may be known by six(6) things (seorang yg bodoh itu boleh dikenali dengan 6 perkara):
  • Anger without  cause (marah tanpa sebab),
  • Speech without profit (bercakap tanpa faedah),
  • Changes without progress (perubahan tanpa kemajuan),
  • Inquiry without object (bertanya tanpa objek),
  • Putting trust in a stranger (mempercayai org asing/tak dikenali), and
  • Mistaking foes for friends (mengambil musuh sebagai kawan).
Kesimpulanya: marilah sama2 kita berusaha agar tidak melakukan perkara2 yang tersebut di atas. Moga kita terhindar  dari tergolong dalam kategori orang2 yg jahil!!!

Semuga bersua lagi, maassalamah wa ilalliqa'- PCD

Tuesday 5 July 2011

Bicara2: Dari Mana Hendak ke Mana(2)



Anak-anak Pak Cik Yg Dikasihi,

Dalam bicara1 yg lalu kita telah bincangkan dan memahami akan tujuan hidup kita ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada yg mencipta kita, Allah SWT.
Manusia sebenarnya diberi pilihan oleh Allah SWT samada mahu tunduk dan patuh serta mengikuti titah perintahNya ataupun sebaliknya. Dalam surah al Baqarah, ayat 256 Allah menjelaskan bahawa -Laa ikrahafiddin-tiada paksaan dalam beragama. Ini adalah kerana jalan yg lurus itu telah jelas, jalan yg salah dan tidak diredaiNya juga telah jelas – qad tabaiyya narrushdu minalghay  – jalan yg lurus itu telah jelas dari jalan yg salah.

Ertinya manusia telah diberi petunjuk dengan berbagai cara, dari setiap sudut dan perspektif akan keujudan, kekuasaan dan keagungan Allah. Tiada lagi alasan bagi seorang manusia yg rasional dan berfikiran waras untuk tidak tahu dan tidak mahu tunduk dan sujud kepada keagungan  dan kebesaran Allah yg telah menciptakanya.

Manusia tidak pernah putus dari mendapat petunjuk dan berbagai bantuan dan insentif dari Allah SWT baik dalam bentuk Kitab, Nabi, Rasul dan sebagainya. Sebagai contoh Kitab2 Zabur,Taurat dan Injil telah diturunkan sebagai teks dan manual panduan kehidupan yg terbaik kepada umat2 Nabi Daud (AS), Nabi Musa(AS) dan  Nabi Isa(AS). Bagi kita umat akhir zaman ini pula diturunkan Kitab Suci al-Qur’an sebagai teks panduan kehidupan sepanjang zaman beserta Nabi dan RasulNya yg teragung, Muhammad (SAAW). Rasulullah merupakan insan kamil yg menjadi qudwah hasanah yg mempraktikkan 100% saranan dan panduan kehidupan yg tersurat dan tersirat di dalam al-Qur’an – Laqad kaanalakum fii rasulillahi uswatun hasanah – sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yg terbaik.

                       Dari mana hendak ke mana,
                Dari kota turun ke desa,
                       Diturunkan Kitab Rasul bersama,
                 Tanda kasih Yang Maha Esa

Anak-anak Pak Cik Yg Dikasihi,

Begitulah Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah yg telah menurunkan panduan secari teori dan praktikal bagaimana sepatutnya manusia menjalani kehidupan ini dgn menta’ati dan mengabdikan diri hanya kepadaNya yg telah menciptakan kita semua. Pastinya kalau manusia mengikuti panduan yg telah di turunkan, kehidupan di dunia ini akan aman dan harmoni, begitu juga kita akan memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di akhirat nanti.
   
Oleh itu, marilah kita bersungguh-sungguh berdu’a agar kita di kurniakan peluang, ruang, kekuatan dan kebijaksanaan untuk memilih dan dipilih untuk tetap kekal menjadi hamba yg taat akan segala titah perintah yg Maha Esa. Moga2 kita dikurniakan kejayaan yg berpanjangan dari dunia hinggalah ke akhirat. InsyaAllah 3X…

Rumusan Bicara2:
         Manusia diberi pilihan oleh Allah SWT samada mahu tunduk, patuh dan taat kepadaNya ataupun sebaliknya. Walaupun tiada paksaan, Allah sentiasa memberi petunjuk dan insentif kepada jalan yg lurus dan pada masa yg sama memberi amaran azab dan siksaan yg pedih kepada manusia yg enggan menyembahNya.

Sehingga bertemu lagi, till we meet again – wa ilal liqa’,  Wassalam. PCD


pilihlah untuk menjadi insan yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah....

Tuesday 28 June 2011

Tazkirah1: Three (3) ways Allah response to our du'a

Salam buat semua anak2 Pak Cik yg di kasihi,

Tidak berapa lama dulu Pak Cik ada mendengar seorang ustaz berceramah, dan antara intisari  yg menarik perhatian Pak Cik adalah penjelasan ustaz  tentang du'a. Di ringkaskan cerita, izinkan Pak Cik coretkan sedutan langsung ceramah ustaz tersebut di sini:

            "...Allah will answer your prayers(du'a) in three ways:
                       i) He says Yes, and gives what you want; 
                      ii) He says No, and gives something better, or 
                    iii) He says Wait, and gives you the best in its own time..."

          " Allah akan menjawab du'a-du'a kamu dalam tiga cara;
              i) Dia berkata Ya dan memberikan apa yang engkau minta;
             ii) Dia berkata Tidak dan memberikan sesuatu yg lebih baik: ataupun
            iii) Dia berkata Tunggu, dan akan memberinya pada  suatu masa  yg  terbaik..."

Kesimpulannya, jgnlah sekali-kali kita berhenti dan berputus asa dalam berdu'a kepada Allah memohon  pertolongan, petunjuk, keselamatan dan kejayaan dariNya. Du'a adalah merupakan senjata bagi orang2 yg beriman.Berdu'a juga mencerminkan sifat kehambaan kita kepada Allah swt.

Justeru itu, berdu'a, berdu'a dan berdu'alah dgn sepenuh hati dan dgn penuh keinsafan...
InsyaAllah 3X, sooner or later... our prayers will be answered!

Sekian dulu buat kali ini, maassalamah wa ilalliqa' ... PCD

Wednesday 15 June 2011

Bicara1: Dari Mana Hendak ke Mana(1)

Salam buat semua anak2 Pak Cik yg dikasihi,

Tanggal 2 hb Mei yg lalu genaplah 48 tahun umur Pak Cik. Barulah Pak Cik sedar yg umur Pak Cik dah hampir menjangkau setengah kurun...maknanya dah tua lee tuu...tak taulah berapa banyak lagi balance umur yg tinggal.....hanya Allah yg tahu pastinya...
Oleh itu dikesempatan ini mungkin kita dapat sama2 muhasabah diri dgn melihat kembali satu persoalan asas yg sgt penting iaitu Dari Mana Kita Datang & ke Mana Kita Akan Pergi? - min aina ila aina?
Pak Cik rasa semua anak2 tahu yg kita semua datang dari Allah dan kepadaNya jua kita akan dikembalikan - inna lillaahi wainna ilaihiraajiunn. Itulah hakikatnya.
Allah yang mencipta kita dan ditakdirkan menghuni dunia ini pastinya mempunyai matlamat dan tujuan yg tertentu. Ini kerana Allah yg Maha Bijaksana tidak akan menjadikan sesuatu tanpa ada tujuan - laqad khalaq tahaza baathila (tidak dijadikan sesuatu itu dgn sia2). Jadi, apakah tujuan kita dijadikan? Firman Allah seterusnya dalam dalam surah Azzaariyyat, ayat 56, '... dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu.'.wama khalaqnal jinni wal ins illa liya'buduun. Dengan itu jelas tujuan dan misi kita dihadirkan ke dunia ini adalah semata-mata untuk memperhambakan diri kita kepada Allah yg Maha Berkuasa, Maha Adil lagi Maha Bijaksana.(semua nama2 yg baik itu kepunyaan Allah - khayril asma ulhusna kullaha lillah)

           Dari mana hendak ke mana,
     Tinggi rumput darilah padi,
           Dari Allah ke dunia fana,
      KepadaNya jua kita kembali...

Anak2 yg dikasihi semua,

Mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah bererti  kita wajib (tanpa ada sebarang alasan dan ragu2) dalam menjalankan kehidupan ini dgn mengikuti 100% setiap aturan dan arahan yg telah ditetapkan oleh Allah SWT. Juga pada masa yang sama kita perlu menjauhi segala tegahan dan laranganNya. Ertinya, kita ngak bisa hidup memandei-mandei sendiri! (maaf, ada slang Indon sikit sebab Pak Cik dan anak2 selalu nonton drama Para Pencari Tuhan di Channel 114/106. Ok jugak drama tuu..ada pengajaran dan iktibar..bukan apa Pak Cik kena temankan anak2  nonton rancangan2 yg di kira ok di TV.... Sebenarnya dah jadi satu KEWAJIPAN ibubapa memantau  segala aktiviti anak2 mereka).
Untuk anak2 Pak Cik yg lelaki pastinya kita sering mendengar pesanan Tok Khatib di awal khutbahnya, '...sama2lah kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala titah perintahNya dan menjauhi segala larangan dan tegahanNya, mudah2an...'
Itulah tujuan sebenar kehidupan kita di dunia ini, mengabdikan diri kepada yg Maha Esa yg telah menciptakan kita semua.
         
            Dari mana hendak ke mana,
     Dari kampung turun ke sungai,
             Perintah Allah turuti semua,
      Jangan kita memandai-mandai.

Rumusan Bicara1:
         Tujuan manusia diciptakan adalah untuk menghambakan diri dengan sepenuhnya kepada Allah SWT. Manusia sepatutnya tanpa sebarang alasan mesti mematuhi 100% atas setiap perintah Allah dan menjauhi segala larangan dan tegahanNya.



Sampai di sini dulu, sehingga berjumpa lagi-till we meet again-illal liqa' wa maassalamah...PCD.

Sunday 12 June 2011

Muqaddimah

Allahummasallia'laMuhammadwaaliMuhammad

Segala puji dan syukur kepada Allah, tuhan sekelian alam. Salawat dan salam ke atas junjugan besar rasul akram Muhammad   (SAAW).

Salam sejahtera kepada semua anak-anak Pak Cik Don,

TUJUAN UTAMA blog ini di adakan adalah untuk membuka ruang interaksi antara Pak Cik Don (PCD) dan semua anak2 buah yang dikasihi dan disayangi walau di mana jua anda berada. Moga dengan interaksi ini kita dapat saling  membantu dan memperingati antara satu sama lain ke arah kebaikan dan taqwa.
Moga kita diberi kelapangan, kekuatan dan kebijaksanaan   untuk memanfaatkan peluang interaksi ini dalam usaha mengemudi hidup ini untuk kesejahteraan di dunia dan berupaya mencipta kebahagian yg kekal abadi di akhirat nanti. Amiin....


Sekian dulu buat kali ini, ma'assalamah wa ilalliqa'. PCD