Tuesday 5 July 2011

Bicara2: Dari Mana Hendak ke Mana(2)



Anak-anak Pak Cik Yg Dikasihi,

Dalam bicara1 yg lalu kita telah bincangkan dan memahami akan tujuan hidup kita ini adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada yg mencipta kita, Allah SWT.
Manusia sebenarnya diberi pilihan oleh Allah SWT samada mahu tunduk dan patuh serta mengikuti titah perintahNya ataupun sebaliknya. Dalam surah al Baqarah, ayat 256 Allah menjelaskan bahawa -Laa ikrahafiddin-tiada paksaan dalam beragama. Ini adalah kerana jalan yg lurus itu telah jelas, jalan yg salah dan tidak diredaiNya juga telah jelas – qad tabaiyya narrushdu minalghay  – jalan yg lurus itu telah jelas dari jalan yg salah.

Ertinya manusia telah diberi petunjuk dengan berbagai cara, dari setiap sudut dan perspektif akan keujudan, kekuasaan dan keagungan Allah. Tiada lagi alasan bagi seorang manusia yg rasional dan berfikiran waras untuk tidak tahu dan tidak mahu tunduk dan sujud kepada keagungan  dan kebesaran Allah yg telah menciptakanya.

Manusia tidak pernah putus dari mendapat petunjuk dan berbagai bantuan dan insentif dari Allah SWT baik dalam bentuk Kitab, Nabi, Rasul dan sebagainya. Sebagai contoh Kitab2 Zabur,Taurat dan Injil telah diturunkan sebagai teks dan manual panduan kehidupan yg terbaik kepada umat2 Nabi Daud (AS), Nabi Musa(AS) dan  Nabi Isa(AS). Bagi kita umat akhir zaman ini pula diturunkan Kitab Suci al-Qur’an sebagai teks panduan kehidupan sepanjang zaman beserta Nabi dan RasulNya yg teragung, Muhammad (SAAW). Rasulullah merupakan insan kamil yg menjadi qudwah hasanah yg mempraktikkan 100% saranan dan panduan kehidupan yg tersurat dan tersirat di dalam al-Qur’an – Laqad kaanalakum fii rasulillahi uswatun hasanah – sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yg terbaik.

                       Dari mana hendak ke mana,
                Dari kota turun ke desa,
                       Diturunkan Kitab Rasul bersama,
                 Tanda kasih Yang Maha Esa

Anak-anak Pak Cik Yg Dikasihi,

Begitulah Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah yg telah menurunkan panduan secari teori dan praktikal bagaimana sepatutnya manusia menjalani kehidupan ini dgn menta’ati dan mengabdikan diri hanya kepadaNya yg telah menciptakan kita semua. Pastinya kalau manusia mengikuti panduan yg telah di turunkan, kehidupan di dunia ini akan aman dan harmoni, begitu juga kita akan memperoleh kebahgiaan dan kesejahteraan di akhirat nanti.
   
Oleh itu, marilah kita bersungguh-sungguh berdu’a agar kita di kurniakan peluang, ruang, kekuatan dan kebijaksanaan untuk memilih dan dipilih untuk tetap kekal menjadi hamba yg taat akan segala titah perintah yg Maha Esa. Moga2 kita dikurniakan kejayaan yg berpanjangan dari dunia hinggalah ke akhirat. InsyaAllah 3X…

Rumusan Bicara2:
         Manusia diberi pilihan oleh Allah SWT samada mahu tunduk, patuh dan taat kepadaNya ataupun sebaliknya. Walaupun tiada paksaan, Allah sentiasa memberi petunjuk dan insentif kepada jalan yg lurus dan pada masa yg sama memberi amaran azab dan siksaan yg pedih kepada manusia yg enggan menyembahNya.

Sehingga bertemu lagi, till we meet again – wa ilal liqa’,  Wassalam. PCD


pilihlah untuk menjadi insan yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah....

No comments:

Post a Comment